Archive

Archive for the ‘Teacher’ Category

Apakah ertinya bersekolah?

August 5, 2009 Leave a comment

Minggu lalu saya mengalami tiga peristiwa yang berbeza tetapi membawa kepada suatu tema persoalan yang cukup berkait: apakah ertinya bersekolah?

IMG_2396

Pertama, saya berkesempatan menghadiri bengkel yang bertajuk Status of Education Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development in Southeast Asian Countries, di Commonwealth Avenue, Quezon City, Filipina, pada 30-31 Julai yang lalu. Selain membentang kertaskerja yang bertajuk Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development: Malaysia Country Report, saya dapat berinteraksi dengan peserta-perserta negara China, Vietnam, Myanmar, Timor-Leste, Brunei, Thailand, Filipina dan Thailand.

Kedua, dalam perjalanan balik ke Malaysia saya menonton filem Laskar Pelangi melalui komputer. Filem adaptasi novel karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Cerita kecekalan guru Ibu Muslimah dan Pak Harfan mendidik serta mempertahankan sekolah dan sepuluh orang anak-anak didik mereka yang serba miskin. Sinopsis cerita boleh dibaca daripada pautan berikut:Laskar Pelangi

WTPOSchool

Ketiga, sepanjang bersidang dan perjalanan pergi-balik saya berkesempatan membaca buku Profesor Guy Claxton bertajuk What’s The Point of School? Buku yang mengkritik kegagalan sistem persekolahan sekarang dan apa sepatutnya yang dilakukan untuk mendidik anak-anak generasi abad ke 21.

Saya ingin merumuskan ketiga-tiga pengalaman itu dengan satu petikan daripada pendidik Harvad, Ron Ritchhart yang juga dipetik oleh Profesor Guy Claxton:

“We’ve come to mistake curricula, textbooks, standards, objectives, and tests as ends in themselves, rather than as means to an end. Where are these standards and objectives taking us? What is the vision they pointing us? . . . Without ideals, we have nothing to aim for. Unlike standards, ideals can’t be tested. But they can do something that standards cannot: they can motivate, inspire and direct our work.”

Selamat Hari Guru 2009

May 16, 2009 6 comments

photo-1

Terima kasih Cikgu

– Post From My iPhone

Categories: Teacher

Taking Control of Your Professional Development

July 23, 2008 Leave a comment

Pada 19 Julai 2008 yang lalu saya berkesempatan mengendalikan satu bengkel Pembangunan Profesional Guru Berasaskan Sekolah di SMK Bahang, Kota Kinabalu. Dalam bengkel itu saya memperkenalkan konsep Professional Learning Community sebagai asas pembangunan profesional guru di sekolah. Mesej saya menegaskan bahawa guru-gurulah sebenarnya master dalam menentukan profesionalisme keguruan mereka. Yes, you are the one taking control of your profesional development!

3 Types of Teachers

July 4, 2008 Leave a comment

I like this slideshare presentation. It is about teachers and technology.

Categories: Teacher

Guru Profesional?

June 15, 2008 Leave a comment

Dalam literatur pembangunan profesional guru ada satu perspektif pendekatan yang dilabelkan sebagai Perspektif Profesionalisme. Fahaman ini berasaskan kepercayaan bahawa para pelajar wajar mendapat perkhidmatan daripada guru yang diberi autoriti untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab, dan bukannya guru yang terikat dengan tatacara amalan seragam yang mesti diikuti tetapi tidak dapat memenuhi keperluan para pelajarnya.

Asas teori dalam faham profesionalisme ialah polisi yang memastikan guru memperoleh keterampilan yang tinggi akan mengembangkan prospek guru untuk memberi fokus kepada pembelajaran pelajar dan mengurangkan keperluan prosedur standard yang mesti diikuti.

Secara umumnya perspektif profesionalisme melihat amalan profesion hendaklah berorientasikan pelanggan dan berasaskan pengetahuan. Oleh itu antara prinsip utama yang memandu amalan tersebut ialah;

Pengetahuan ialah asas pengamalan dan membuat keputusan untuk memenuhi keperluan unik setiap pelanggan.

Pengamal membuat pengakuan bahawa keutamaan dan kualiti perkhidmatannya ialah kebajikan pelanggan.

Profesion berkenaan menjunjung tanggungjawab kolektif dalam pentafsiran, pemindahan dan penguatkuasaan amalan dan etika profesional yang standard.

Pengamal profesion mempunyai autonomi profesional.

Berdasarkan fahaman ini, sejauh manakah guru itu boleh diiktiraf guru profesional?

Categories: Teacher

Pembelajaran Guru

January 21, 2008 1 comment

I think of school reform as an ellipse, not as a circle. An ellipse has two foci that define an orbit, not just one. For me, the two foci that define the orbit of school reform are student learning and teacher learning.

Petikan dari buku The Wisdom of Practice: Essays on Teaching, Learning, and Learning karya Lee S. Shulman di atas mengukuhkan lagi kepercayaan saya bahawa pembangunan profesional guru bukan lagi suatu pilihan. Jika kita benar-benar serius ingin memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia, maka agenda pembangunan profesional guru perlu menjadi prioriti.Persoalannya, apakah kita mempunyai kefahaman yang sama apabila bercakap tentang pembangunan profesional guru? Malah yang lebih penting, apakah kefahaman kita tentang perkara tersebut tepat dan memenuhi kehendak semasa profesion keguruan?

Saya cuba berkongsi pengalaman dengan para pendidik untuk membincang, mengupas dan memahami isu-isu sekitar pembangunan profesional guru. Mudah-mudahan wacana ilmu melalui blog ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat untuk aktiviti pembangunan profesional guru di Malaysia. InsyaAllah

Categories: Teacher

Latihan Dalam Perkhidmatan

January 21, 2008 4 comments

Salah satu pendekatan pembangunan profesional guru yang popular di Malaysia ialah Latihan Dalam perkhidmatan. Sehinggakan timbul kesalahfahaman guru bahawa itulah saja kaedah yang ada dalam pembangunan profesional guru.

Latihan dalaman perkhidmatan guru sering kali dilaksanakan dengan pendekatan satu dimensi, atas-bawah danperistiwa sekali sahaja seperti kursus dan bengkel. Pendekatan tradisional dalam pembangunan profesional tersebut yang dianggap sebagai suatu pakej pengetahuan yang dapat dipindahkan, untuk diagih-agihkan kepada guru-guru dalam cebisan-cebisan kecil telah dikritik sebagai terpisah-pisah, tidak produktif, tidak efisien, tiada kaitan dengan amalan guru, tidak melibatkan guru dan kekurangan tindak susul.

Sebenarnya latihan dalam perkhidmatan dibina berorientasikan model defisit. Dalam model defisit, program yang dirancang berasaskan andaian bahawa guru-guru serba kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur merangka latihan yang mereka anggap dapat mengatasi kekurangan guru-guru berkenaan.

Aliran baru dalam pembangunan profesional guru telah berkembang dan dibina berorientasikan model pertumbuhan. Dalam model pertumbuhan, pihak penganjur berandaian bahawa guru-guru sebenarnya mempunyai potensi tertentu yang perlu digilap dan dikembangkan. Oleh itu pihak penganjur bertanggungjawab mengenal pasti secara langsung daripada guru tentang jenis dan kandungan pembangunan profesional yang guru-guru berkenaan perlukan.

Oleh sebab itulah kaedah pembangunan profesional guru berorientasikan model pertumbuhan lebih pelbagai dan tidak terhad dengan kaedah kursus dan bengkel sahaja. Antara kaedah yang digunakan ialah Pembelajaran Arah-kendiri, Kajian Tindakan, Pemerhatian-Penilaian dan yang lain-lain.Persoalannya, kenapakah pembangunan guru di Malaysia terhad dengan kursus dan bengkel sahaja?

Categories: Teacher
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.