New Book! What Teachers Need to Know about Assessment.

New Article! Why Do Teachers Need to Know More About Language?

New My Slidehare! Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH (STRAPP BPSH).

. . . Check Resources page . . . to download

February 12, 2014 Leave a comment
Future Trends in  K-12 Education

Explore more infographics like this one on the web’s largest information design community – Visually.
Categories: Uncategorized

Sixth Sense Technology

November 27, 2009 Leave a comment

Watch this video, you will be amazed how digital technology can change our everyday live. Please don’t miss the message. Actually, it is not the about technology. It is about human being trying to raise the quality of the human well-being. Once again in human creativity, the sky is the limit!

Categories: 1

Top 100 Tools for Learning 2009

November 18, 2009 Leave a comment
Categories: General

Reflection on Teaching and Learning

November 1, 2009 Leave a comment

41043976.PNGSelepas selesai membaca buku The Back of The Napkin: Solving Problems and Selling Ideas with Pictures oleh Dan Roam (untuk maklumat lanjut sila lawat http://www.thebackofthenapkin.com/ ini ) Saya teruja untuk membuat refleksi perbandingan perkembangan yang berlaku antara bidang pendidikan dan non-pendidikan.

Pada suatu ketika dahulu bidang pendidikan pernah dirujuk sebagai sumber idea-idea baru dan inovasi dalam pengurusan dan kepemimpinan organisasi. Sekarang keadaan menjadi sebaliknya, organisasi pendidikan banyak merujuk organisasi lain, khasnya dalam bidang korporat. Oleh itu tidak hairanlah jika semangat mengurus dan memimpin organisasi pendidikan termasuk sekolah lebih cenderung ke arah pengurusan korporat.

Organisasi pendidikan mempunyai keunikan tersendiri dan adalah tidak wajar mengimport apa sahaja model pengurusan dan kepemimpinan luar secara total. Apatah lagi jika ‘bottom line’ organisasi pendidikan disejajarkan dengan ‘bottom line’ organisasi non-pendidikan.

Walau bagaimanapun, terpaksa diakui bahawa perubahan dalam bidang pendidikan amat perlahan dalam memenuhi keperluan dunia sekarang. Ambil sahaja contoh siaran radio. Pada suatu ketika dahulu juruhebah radio terlalu formal dan berbentuk sehala. Tetapi sekarang, persembahan juruhebah radio lebih santai, tidak seragam dan ada komunikasi antara pendengar dan juruhebah.

Bandingkan pula dengan kaedah pengajaran-pembelajaran di bilik darjah dahulu dan sekarang. Agak keterlaluan jika dikatakan tidak ada perubahan, tetapi secara keseluruhannya bolehlah digambarkan sebagai tidak jauh perbezaannya! Agak membosankan dan stereotaip. Inilah cabaran terbesar guru sejak dari dahulu sampai hari ini.

Think! Before It’s Too Late

October 14, 2009 Leave a comment

debonoSalah seorang penulis yang banyak mempengaruhi cara berfikir saya ialah Edward De Bono – The master of creative thinking. Agak lama juga saya tidak membaca buku beliau sehinggalah saya membeli dan membaca Think! Before It’s to Late.

Tema perbincangan beliau masih sama. Cuma saya dapat mengesan pendekatan beliau dalam buku ini lebih lembut apabila mengkritik pemikiran kritikal. Beliau menegaskan bahawa cara berfikir kritikal yang diwarisi daripada Socretas, Aristotle dan Plato sejak 2400 yang berasaskan lojik tidak mencukupi meskipun cara berfikir itu telah menyumbang kepada tamadun manusia dengan cemerlang. Cara berfikir baru diperlukan.

Berdasarkan prinsip self orgaznizing mechanism yang diamalkan oleh otak manusia, beliau mencadangkan lateral thinking sebagai kaedah berfikir yang dapat mengisi kekurangan yang terdapat dalam logical thinking. Menurut beliau;

. . . analysis of information is not enough, because the information can be perceived through the old concepts. There is a real need for a formal and deliberate effort to create new ideas. New ideas do not just evolve over time. The new need to be created.

Selain daripada buku Mechanism of Mind yang menghuraikan asas teori pemikiran lateral, kebanyakan buku-buku beliau bercorak action-oriented dengan mencadangkan alat-alat (tools) berfikir secara lateral. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan alat-alat berfikir seperti Six Hats Thinking, Flowscape, Direct Attention Thinking Tools, dan yang lain memang meningkat produktiviti.

Beliau merumuskan dengan baik apabila membezakan kaedah berfikir seperti yang digambarkan dalam kata ahli falsafah Peranchis, Rene Descartes; Cogito, ergo sum I think therefore I am, dengan kata-kata beliau; Ago, ergo erigo – I act, therefore I construct. The emphasis is on action not just on contemplation.

Categories: Creativity, Thinking

Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH (2nd Draft)

October 13, 2009 Leave a comment

Perbincangan kedua STRAPP BPSH (2010 -2012), Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia telah di adakan pada 9-11 Oktober 2009 bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, telah menghasilkan deraf kedua STRAPP BPSH seperti yang tertera dalam slideshare di bawah ini.

Dijangkakan deraf terakhir dokumentasi STRAPP BPSH (2010-2012) akan disiapkan dalam perbincangan ketiga pada hujung bulan Oktober 2009 ini.

Edublogs

October 4, 2009 Leave a comment

Snapz Pro XScreenSnapz002

Categories: General

The Learning Gap & The Teaching Gap

October 1, 2009 Leave a comment

Sekitar tahun 1992 saya telah membaca sebuah buku bertajuk The Learning Gap: Why Our Schools Are Failing and What We Can Learn from Japanese and Chinese Education oleh Harold W. Stevenson dan James W. Stigler. Buku tersebut adalah hasil kajian perbandingan pencapaian matematik dan sains murid-murid sekolah rendah di China, Jepun dan Amerika. Hasil kajian mendapati prestasi murid-murid China dan Jepun jauh mengatasi murid-murid Amerika.

Salah satu rumusan yang menarik minat saya ialah peranan faktor budaya dalam mempengaruhi prestasi murid-murid berkenaan. Ibu bapa dan guru-guru Asia, Jepun dan China mempunyai kepercayaan atau andaian asas yang berbeza dengan rakan-rakan mereka di Amerika. Mereka percaya kejayaan anak-anak mereka bergantung kepada effort – usaha yang mereka curahkan. Sebaliknya di Amerika, mereka percaya kejayaan seseorang itu bergantung kepada ability – keupayaan yang mereka miliki.

Learning Gap1

Umpamanya, kepada ibu bapa dan guru-guru di China dan Jepun, apabila murid-murid itu memperolehi markah sekadar 60% dalam matematik, bukan kerana murid berkenaan tidak mempunyai keupayaan dalam matematik tetapi kerana usaha yang dicurahkannya tidak cukup untuk dia mencapai markah 90%. Implikasinya, banyakkan lagi latihan matematik!

Pada minggu lalu pula saya telah membaca buku yang bertajuk The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving Education in the Classroom oleh James W. Stigler dan James Hiebert. Buku ini juga adalah hasil kajian perbandingan. Tetapi fokusnya kali ini ialah bagaimana guru-guru mengajar matematik di tiga buah negara yang pencapaian matematik pelajarnya berbeza (berdasarkan TIMSS – Third International Mathematics and Science Studies). Secara urutan, negara yang pencapaian matematiknya tinggi ialah Jepun, kedua Jerman dan ketiga Amerika.

1439143137_lBerdasarkan rakaman video guru-guru yang mengajar di ketiga-tiga buah negara tersebut. Penyelidik telah membuat beberapa rumusan menarik. Secara umum mereka menggambarkan perbezaan cara mengajar guru di negara berkenaan berdasarkan motto berikut:

1. A good motto for German teaching would be “developing advanced procedures”.

2. An appropriate motto for Japanese teaching would be “structured problem solving”.

3. In the United States, the motto is “learning terms and practicing procedures”.

Dan sekali lagi yang menarik perhatian saya ialah salah satu rumusan mereka yang menyatakan bahawa perbezaan imej pengajaran guru di tiga buah negara itu kerana “Teaching is a Cultural Activity”. Menurut mereka lagi,

Cultural activities, such as teaching, are not invented full-blown but rather evolve over long periods of time in ways that are consistent with the stable web of beliefs and assumptions that are part of the culture. The scripts for teaching in each country appear to rest on a relatively small and tacit set of core beliefs about the nature of the subject, about how students learn, and about the role that a teacher should play ini the classroom.

Seterusnya mereka menekankan,

Cultural activities are highly stable over time, and they are not easily changed. This is true for two reasons. First, cultural activities are systems, and systems – especially complex ones, such as teaching – can be very difficult to change. The second reason is that cultural activities are embedded in a wider culture, often in ways not readily apparent to members of the culture. If we want to improve teaching, both its systemic and its cultural aspects must be recognized and addressed.

Kalau begitulah implikasinya maka rumusan ini serba sedikit dapat menjawab kemuskilan dalam tulisan saya sebelum ini yang bertajuk Terlalu Gelap di Sana.

Timeout

September 22, 2009 Leave a comment

Time for rest or recreation away from one’s usual work or studies


Categories: General

Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH

September 18, 2009 Leave a comment

Pada 11-13 September 2009  bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, telah berlangsung satu bengkel perancangan strategik yang dinamakan STRAPP BPSH (2010 -2012) iaitu Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel ini adalah yang pertama daripada beberapa siri bengkel yang dirancang, dihadiri oleh semua pengurusan atasan BPSH terdiri daripada Pengarah, Timbalan dan Ketua Sektor. Saya diberi amanah untuk memudahcarakan perbincangan dalam menghasilkan STRAPP BPSH.

16.9.09 053

Apa yang menarik dalam sesi penghasilan deraf awal STRAPP ialah konsep yang digunakan iaitu menghasilkan dokumen perancangan yang bercirikan Planning is Fun, Planning in Action, dan User-friendly . Dengan itu STRAPP BPSH dapat dijadikan sebagai Communication Tool, Measurement System dan Strategic Management System.

Secara sepintas lalu deraf awal  Strategy Map STRAPP BPSH di bawah dan sebahagian slaid yang saya gunakan (lihat My Slideshare Page) dapat memberikan gambaran tersebut.

Strategy Map PNG

The Building Blocks of World Class Education

September 3, 2009 4 comments

World Class Education

Pada 28 Ogos 2009 yang lalu satu ceramah oleh Sir Michael Barber bertajuk The Building Block of World Class Education telah disampaikan kepada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia di Dewan Serbaguna KPM, Blok E12, Putrajaya.

Sir Michael Barber pernah menjadi Chief Adviser on Delivery kepada mantan perdana menteri Britain, Tony Blair, sebelum menyertai McKinsey Group. Ceramah yang beliau sampaikan adalah berdasarkan McKinsey Report dan isi penting ceramah tersebut seperti yang tertera di atas. Laporan penuh McKinsey Report boleh dimuat turun daripada Resources page laman web ini.

Categories: Change

Terlalu Gelap Di Sana

August 31, 2009 7 comments

Pada suatu hari seorang kawan telah melawat Mullah Nasrudin. Beliau melihat Nasrudin merangkak di atas tanah di halaman rumah mencari sesuatu. Nasrudin memberitahu kawannya bahawa dia telah kehilangan duit syiling yang amat berharga. Lalu kawan Nasrudin pun merangkak sama mencari syiling berkenaan.

Selepas mencari di seluruh halaman rumah itu, maka kawan Nasrudin bertanya,”Di manakah tempat sebenarnya syiling itu jatuh?

“Syiling itu hilang di dalam rumah.” jawab Nasrudin, “tapi kita tidak boleh mencarinya di sana, kerana terlalu gelap!”

Di atas merupakan salah satu cerita pengalaman yang melucukan seorang ahli sufi bernama Nasrudin. Lucu tetapi banyak memberikan pengajaran yang tersirat.

Cerita ini mengingatkan kita tentang pengalaman seorang guru yang bertungkus lumus membantu anak muridnya untuk berjaya dalam peperiksaan. Saban tahun guru berkenaan akan menggunakan nota, buku, kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran yang sama untuk kohort pelajar yang berlainan, tetapi mengharapkan pencapaian yang lebih baik.

Apakah guru itu tidak tahu pendekatan itu tidak sesuai dan akan menghasil keputusan yang sama seperti yang lalu? Pastinya guru itu tahu.

Kenapa agaknya, masa silih berganti tetapi kita masih lagi mencari syiling berharga di halaman rumah yang terang benderang sedangkan kita tahu syiling itu hilang di dalam rumah yang gelap?

Categories: Teaching & Learning