Home > General, Teaching & Learning > Berfikir itu apa?

Berfikir itu apa?

Apabila kita mengeluh bahawa anak murid sekarang ini malas berfikir, apakah yang kita maksudkan sebenarnya? Apakah kerana anak murid kita “spoon feeding” ataupun kerana kualiti kerja mereka tidak menggambarkan kerja seorang yang berfikir?

Kurikukulum sekolah kita sebenarnya memberikan penekanan dan ruang yang cukup luas untuk memupuk daya fikir anak didik kita. Persoalannya kenapa kemahiran berfikir tidak menjadi ciri menonjol mereka.

Terlepas daripada perbincangan akademik yang pelbagai tentang berfikir, saya ingin berkongsi pengalaman sebagai guru dan trainer dalam pembelajaran orang dewasa tentang aktiviti berfikir .

Menurut pendapat saya berfikir itu sejenis perbuatan seperti makan, minum, berlari dan yang seumpamanya. Perbezaannya, berfikir itu ialah perbuatan yang tidak dapat dilihat. Justeru, di dalam Islam berfikir itu membawa nilai pahala yang cukup besar jika dilakukan dengan cara yang betul dan sesuai maudhuk yang difikir. Oleh kerana berfikir itu perbuatan maka sudah tentu ia suatu kompetensi yang boleh digilap dan ditingkatkan kualitinya.

Aktiviti berfikir itu sebenarnya berasaskan aktiviti aqal mencari jawapan kepada suatu persoalan (tidak semestinya permasalahan). Oleh sebab itulah kualiti berfikir itu bergantung kepada persoalan yang hendak dijawab dan kaedah berfikir untuk menjawab persoalan tersebut.

Implikasinya, seorang itu tidak dapat berfikir jika tidak dimulakan dengan suatu persoalan. Cuba bayangkan, bolehkah anda berfikir tanpa persoalan? Begitu juga dengan kaedah berfikir . Kaedah itu juga banyak. Daripada semudah menjawab persoalan bagaimana mengikat tali kasut sehinggalah kepada kemahiran berfikir saintifik dan persoalan tentang ketuhanan.

Suatu yang menjadi musykil kepada saya ialah;

  • Apakah kita menggalakkan anak didik kita menimbulkan persoalan-persoalan dan mendorong mereka mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut?
  • Bagaimankah caranya kita meningkatkan kualiti persoalan dan jawapan anak didik kita?

Kedua-dua persoalan itu penting kerana itulah aktiviti berfikir yang perlu dipupuk terhadap anak didik kita.

  1. April 10, 2009 at 3:17 pm

    salam

    saya rasa.. ramai guru2 tidak mampu membangkitkan persoalan2 kerana kurang pengetahuan, kurang membaca.. dan kurang menimbulkan persoalan2 utk berfikir bermula dari diri mereka sendiri

    bukan semua.. sebahagiannya

    kata2 kurang berfakta.. tidak global… tidak cuba utk keluar dari kotak pemikiran buku teks.. ini mungkin salah satu jawapan kenapa pengajaran kurang berkesan

    hambar tanpa penghayatan

    pada fikiran saya, ia berkenaan manhaj atau sistem pendidikan.. seperti mana murid2 memerlukan pembina nya, para guru juga memerlukan pembinaya..sesiapa pun org yg hebat d dunia ini ada pembinanya dan perbinaan bukan terhenti apabila sudah grad, atau setelah tamat kursus2 sahaja… ia berterusan mula dari karier guru.. hingga tamat.. atau berlanjutan lagi

    apa yang cuba saya bawakan?
    guru2 perlu mempunyai teammate nye sendiri, yang ada pertemuan per minggu, membincang tajuk pengajaran secara umum(mengikut subjek).. santai2, tetapi membuka pemikiran, mengaitkan dengan isu semasa, sejarah dan fakta2 lain.. lau membangkitkan persoalan..

    tidak perlu serius.. boleh jadi hanya pertemuan kopi, makan2.. tapi perbncangan nya menjurus ke arah itu.. masing2 sudah d tugaskan ruang lingkup apa yang perlu dia bawa

    ia berbeza denagn mesyuarat panitia.. sangat berbeza.. malah ia harus di lakukan dalam skala yang kecil.. dalam kelompok kecil bukan besar seperti seminar atau ceramah politik

    dan, pastinya diketuai seseorang sebagai paksi perbincangan..

    sekurang kurangnya dapat membuka permasalahan PnP yang tidak terbuka pemikiran..tidak global.. sehinggakan para pelajar tidak mengetahui apa yang berlaku hatta dalam negara sendiri, samatelah yang d luar negara

    dan satu lagi

    mungkin kita boleh gunakan metodologi dakwah ala rasulallah dan pemikiran itu di susun semula oleh mustafa masyur, seorang ikhwanul muslimin suatu ketika dahulu, dalam bukunya, Dakwah Fardiah

    beliau menyebutkan;

    proses tarbiyah (mendidik, bukan sekadar mengajar) harus berangkat dari terikatan hati, menimbulkan persoalan, dan membebaninya..

    atau praktikalnya, mengikat hati, kemudian menimbulkan persoalan murid2, sehingga mereka kagum dengan guru mereka yang luas pengetahuannya, seterusnya.. membebani mereka utk mencari maklumat dan berfikir ttg sekeliling mereka.. membincang isu semasa dan apa pengajaran yg bisa d ambil.. bukan sekadar informasi semata mata..tapi sesuatu yang sudah kita hadam terlebih dahulu

    beginilah cara rasulallah mendidik bangsa quraisy

    siapa saja orng yang pernah menempa sejarah dunia, mereka menarik massal dgn membangkit persoalan2… termasuk apa yang sedang berlaku d hadapan kita pada hari ini… fenomena anwar ibrahim…

    mungkin sudah termaktub dalam pedagogi malaysia, saya kurang pasti… makanya, jika sudah ada, persoalan yang tertimbul adalah bagaimana ia mampu di interpretasi dalam bentuk amal… sepertimana pemikiran muhammad abduh dan rashid redza di terjemahkan oleh hassan al banna sebagai sesuatu yang bergerak.. sehingga tergoncong dunia kerana nya

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: