Home > General > Ilmu Pengetahuan dan Pengalaman

Ilmu Pengetahuan dan Pengalaman

photo2Dalam Kursus Kejurulatihan Pengetua Kanan di Institut Aminuddin Baki pada 30 Mac – 3 April 2009, saya telah mengongsikan pandangan saya tentang konsep ilmu dalam konteks kejurulatihan.

Menurut pendapat saya, working definition ilmu dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia dapat dikategorikan kepada dua iaitu ilmu pengetahuan dan ilmu pengalaman.

Apabila seseorang itu memperolehi suatu maklumat yang bermakna kepadanya melalui proses “tahu” sama ada melalui pembacaan atau dimaklumkan oleh orang lain (ceramah, bengkel dll), maka ilmu yang dimilikinya ialah ilmu pengetahuan.

Manakala seseorang yang memperolehi maklumat yang bermakna kepadanya selepas melalui proses mengalami sendiri suatu peristiwa tertentu, maka ilmu yang dimilikinya itu termasuk dalam kategori ilmu pengalaman.

Oleh sebab itulah kualiti ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu bergantung kepada kualiti pengetahuan dan pengalaman yang dimilikinya. Dalam konteks inilah juga saya menyarankan agar seorang jurulatih atau fasilitator itu perlu memanfaatkan pengalaman peserta sebagai sumber pengetahuan kepada peserta lain, dan menggalak peserta berkenaan menilai pengalaman mereka dalam persepktif baru supaya mereka memperoleh makna baru pengalaman mereka.

Saya juga menegaskan bahawa kekayaan pengalaman seseorang itu hanya bermakna kepada orang yang mengalami pengalaman itu. Belum tentu pengalaman tersebut bermakna  kepada orang lain. Oleh sebab itu pengalaman tersebut jika dikongsikan dengan orang lain maka pengalaman itu dapat bertukar menjadi ilmu pengetahuan sekiranya pengalaman itu bermakna kepada orang lain.

Categories: General
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: