Home > Book Review, Teaching & Learning > The Learning Gap & The Teaching Gap

The Learning Gap & The Teaching Gap

Sekitar tahun 1992 saya telah membaca sebuah buku bertajuk The Learning Gap: Why Our Schools Are Failing and What We Can Learn from Japanese and Chinese Education oleh Harold W. Stevenson dan James W. Stigler. Buku tersebut adalah hasil kajian perbandingan pencapaian matematik dan sains murid-murid sekolah rendah di China, Jepun dan Amerika. Hasil kajian mendapati prestasi murid-murid China dan Jepun jauh mengatasi murid-murid Amerika.

Salah satu rumusan yang menarik minat saya ialah peranan faktor budaya dalam mempengaruhi prestasi murid-murid berkenaan. Ibu bapa dan guru-guru Asia, Jepun dan China mempunyai kepercayaan atau andaian asas yang berbeza dengan rakan-rakan mereka di Amerika. Mereka percaya kejayaan anak-anak mereka bergantung kepada effort – usaha yang mereka curahkan. Sebaliknya di Amerika, mereka percaya kejayaan seseorang itu bergantung kepada ability – keupayaan yang mereka miliki.

Learning Gap1

Umpamanya, kepada ibu bapa dan guru-guru di China dan Jepun, apabila murid-murid itu memperolehi markah sekadar 60% dalam matematik, bukan kerana murid berkenaan tidak mempunyai keupayaan dalam matematik tetapi kerana usaha yang dicurahkannya tidak cukup untuk dia mencapai markah 90%. Implikasinya, banyakkan lagi latihan matematik!

Pada minggu lalu pula saya telah membaca buku yang bertajuk The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving Education in the Classroom oleh James W. Stigler dan James Hiebert. Buku ini juga adalah hasil kajian perbandingan. Tetapi fokusnya kali ini ialah bagaimana guru-guru mengajar matematik di tiga buah negara yang pencapaian matematik pelajarnya berbeza (berdasarkan TIMSS – Third International Mathematics and Science Studies). Secara urutan, negara yang pencapaian matematiknya tinggi ialah Jepun, kedua Jerman dan ketiga Amerika.

1439143137_lBerdasarkan rakaman video guru-guru yang mengajar di ketiga-tiga buah negara tersebut. Penyelidik telah membuat beberapa rumusan menarik. Secara umum mereka menggambarkan perbezaan cara mengajar guru di negara berkenaan berdasarkan motto berikut:

1. A good motto for German teaching would be “developing advanced procedures”.

2. An appropriate motto for Japanese teaching would be “structured problem solving”.

3. In the United States, the motto is “learning terms and practicing procedures”.

Dan sekali lagi yang menarik perhatian saya ialah salah satu rumusan mereka yang menyatakan bahawa perbezaan imej pengajaran guru di tiga buah negara itu kerana “Teaching is a Cultural Activity”. Menurut mereka lagi,

Cultural activities, such as teaching, are not invented full-blown but rather evolve over long periods of time in ways that are consistent with the stable web of beliefs and assumptions that are part of the culture. The scripts for teaching in each country appear to rest on a relatively small and tacit set of core beliefs about the nature of the subject, about how students learn, and about the role that a teacher should play ini the classroom.

Seterusnya mereka menekankan,

Cultural activities are highly stable over time, and they are not easily changed. This is true for two reasons. First, cultural activities are systems, and systems – especially complex ones, such as teaching – can be very difficult to change. The second reason is that cultural activities are embedded in a wider culture, often in ways not readily apparent to members of the culture. If we want to improve teaching, both its systemic and its cultural aspects must be recognized and addressed.

Kalau begitulah implikasinya maka rumusan ini serba sedikit dapat menjawab kemuskilan dalam tulisan saya sebelum ini yang bertajuk Terlalu Gelap di Sana.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: