Home > Book Review, Teaching & Learning > Reflection on Teaching and Learning

Reflection on Teaching and Learning

November 1, 2009 Leave a comment Go to comments

41043976.PNGSelepas selesai membaca buku The Back of The Napkin: Solving Problems and Selling Ideas with Pictures oleh Dan Roam (untuk maklumat lanjut sila lawat http://www.thebackofthenapkin.com/ ini ) Saya teruja untuk membuat refleksi perbandingan perkembangan yang berlaku antara bidang pendidikan dan non-pendidikan.

Pada suatu ketika dahulu bidang pendidikan pernah dirujuk sebagai sumber idea-idea baru dan inovasi dalam pengurusan dan kepemimpinan organisasi. Sekarang keadaan menjadi sebaliknya, organisasi pendidikan banyak merujuk organisasi lain, khasnya dalam bidang korporat. Oleh itu tidak hairanlah jika semangat mengurus dan memimpin organisasi pendidikan termasuk sekolah lebih cenderung ke arah pengurusan korporat.

Organisasi pendidikan mempunyai keunikan tersendiri dan adalah tidak wajar mengimport apa sahaja model pengurusan dan kepemimpinan luar secara total. Apatah lagi jika ‘bottom line’ organisasi pendidikan disejajarkan dengan ‘bottom line’ organisasi non-pendidikan.

Walau bagaimanapun, terpaksa diakui bahawa perubahan dalam bidang pendidikan amat perlahan dalam memenuhi keperluan dunia sekarang. Ambil sahaja contoh siaran radio. Pada suatu ketika dahulu juruhebah radio terlalu formal dan berbentuk sehala. Tetapi sekarang, persembahan juruhebah radio lebih santai, tidak seragam dan ada komunikasi antara pendengar dan juruhebah.

Bandingkan pula dengan kaedah pengajaran-pembelajaran di bilik darjah dahulu dan sekarang. Agak keterlaluan jika dikatakan tidak ada perubahan, tetapi secara keseluruhannya bolehlah digambarkan sebagai tidak jauh perbezaannya! Agak membosankan dan stereotaip. Inilah cabaran terbesar guru sejak dari dahulu sampai hari ini.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: